Summary: | Kebanyakan NGO menggerakkan tenaga kerja sukurela bagi menjalankan aktiviti yang dimatlamatkan oleh badan berkenaan. Dalam konteks kerja sosial, selalunya
penglibatan dalam aktiviti-aktiviti sukarela adalah dari halangan mereka yang ingin menghulur bantuan kepada pihak yang bermasalah dan yang memerlukan.Beberapa contoh adalah seperti Yayasan Salam yang sering menggerakkan aktiviti-aktiviti untuk golongan tertindas, dan PEMADAM Malaysia yang menggerakkan program pendidikan dan pencegahan penagihan dadah. Namun untuk Persatuan Pengasih Malaysia, ia merupakun sebuah persatuan yang dianggotai oleh bekus penagih dadah yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. Matlamat persatuan bekus penagih ini antara lainnya
adalah untuk merawat, dan memulihkan ketagihan dadah serta menjalankan programprogram pendidikun dan pencegahan penagihan dadah. Apa yang menarik mengenai NGO ini ialah ia berjaya mendapatkun perkhidmatan sukarela dari kalangan anggota masyarakat yang pernah bergelar "sampah masyarakut" yang menggunakun "najis " dadah untuk menjalankan aktiviti yang memberi manfaat yang amat besar kepada masyarakut di negara ini. Bukan itu sahaja, Pengasih Malaysia juga berjaya membantu negara jiran seperti Indonesia untuk menggerakkan program Bantu-Diri untuk pemulihan penagih-penagih dadah di sana. Mereka juga menerima ramai penagih dadah dari negara-negara ASEAN, India dan Pakistan untuk program pemulihan dadah yang diusahakan di Rumah Pengasih, Kuala Lumpur. Kertas ini membentangkan kejayaan Pengasih Malaysia dalam menawarkan perkhidmutan rawatan dan pemulihan penagihan dadah, program-program pencegahan di peringkat awalan dan umum serta pelbagai program intervensi yang membantu penagih yang menghidapi AIDS atau HIV.
|