Kecenderungan masyarakat menikmati makanan di tempat terbuka: Kajian kes di Alor Setar Kedah

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap, kecenderungan dan faktor yang mendorong masyarakat suka menikmati makanan di tempat terbuka di mana kawasan Alor Setar, Kedah menjadi kes kajian ini.Metodologi kajian menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan borang soal selidik di mana sampel yan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ab Hamid, Kamal, Ishak, Noor Azniza, Mustaffa, Jamaludin, Shaari, Azemi, Hamzah, Mohd Hilmi
Format: Monograph
Language:English
English
Published: Universiti Utara Malaysia 2012
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7293/1/Ka.pdf
https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7293/4/1.KAMAL%20AB%20HAMID.pdf
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti sikap, kecenderungan dan faktor yang mendorong masyarakat suka menikmati makanan di tempat terbuka di mana kawasan Alor Setar, Kedah menjadi kes kajian ini.Metodologi kajian menggunakan kaedah tinjauan yang menggunakan borang soal selidik di mana sampel yang diambil sebanyak 300 orang responden yang terdiri daripada pelbagai masyarakat di kawasan Alor Setar, Kedah. Hasil dapatan kajian menunjukkan sikap masyarakat di Alor Setar berada pada tahap yang tinggi iaitu mereka bersikap gemar terhadap makanan di tempat terbuka.Dari segi kecenderungan masyarakat pula menunjukkan responden menyatakan skor yang tinggi terhadap makan di tempat terbuka.Manakala dari segi faktor pula menunjukkan kesemua faktor yang ditanya menunjukkan responden bersetuju bahawa faktor-faktor seperti harga makanan berpatutan, keadaan premis perniagaan yang bersih, premis yang ceria dan cantik, perilaku pengendali makanan sangat mesra, makanan yang dijual berkualiti, makanan yang dijual murah, makanan yang dijual sedap, terdapat kemudahan dan peralatan yang lengkap, lokasi yang strategik, kemudahan tempat letak kenderaan, ia lebih selera dan santai dan ada daya tarikan dekorasi penyebab utama pelanggan suka ke tempat terbuka.Secara keseluruhannya, penemuan-penemuan di dalam kajian ini secara tidak langsung dapat membantu dari segi memberi maklumat kepada pengendali makanan dan pihak kementerian terbabit agar dapat memahami dan meneliti serta mengambil perhatian yang serius tentang sikap, kecenderungan dan faktor –faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan pembelian para pengguna. Ini kerana, tanpa kita sedari ia mampu mempengaruhi perkembangan ekonomi negara kita umumnya dan perbelanjaan individu khususnya di samping ianya sudah menjadi amalan atau tabiat bukan sahaja kepada generasi muda malahan generasi berumur juga minat terhadap tempat begitu sehinggakan mereka semua menjadi pelanggan tetap kepada premis terbuka.