Penukaran agama kepada Islam: Implikasi undang-undang terhadap perkahwinan
Pertukaran agama daripada satu agama kepada satu agama yang lain merupakan satu perkara yang boleh berlaku dalam sesebuah masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia.Isu pertukaran agama salah seorang daripada pasangan suami atau isteri dalam perkahwinan sivil kepada Islam telah menimbulkan pelbag...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Monograph |
Language: | English English |
Published: |
Universiti Utara Malaysia
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7803/1/Lap.pdf https://repo.uum.edu.my/id/eprint/7803/3/1.Nor%20Azlina%20Mohd%20Noor.pdf |
Summary: | Pertukaran agama daripada satu agama kepada satu agama yang lain merupakan satu perkara yang boleh berlaku dalam sesebuah masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia.Isu pertukaran agama salah seorang daripada pasangan suami atau isteri dalam perkahwinan sivil kepada Islam telah menimbulkan pelbagai implikasi dan masalah dalam undang-undang keluarga di Malaysia.Ini adalah kerana apabila salah seorang daripada pasangan tersebut memeluk agama islam, mereka tidak lagi tertakluk di bawah peruntukan undang-undang yang sama.Antara isu yang pastinya timbul adalah status perkahwinan pasangan yang terlibat dalam konflik ini .Kajian ini akan melihat kedudukan status pasangan yang terlibat iaitu samaada hubungan mereka masih kekal atau terputus kesan daripada pertukaran agama tersebut.Selain daripada itu, penyelidik juga akan mengkaji kedudukan undang-undang Islam dan sivil tentang tanggungjawab perkahwinan yang meliputi isu hak nafkah dan penjagaan anak-anak yang lahir hasil perkahwinan tersebut.Penyelidik juga akan membincangkan isu bidangkuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil yang menjadi penyumbang kepada konflik yang berterusan kepada pasangan yang pada asalnya memeterai suatu kontrak perkahwinan sivil namun kemudiannya salah seorang daripada mereka memutuskan untuk memeluk agama Islam. |
---|