Published 2014
“…Kertas kerja ini bertujuan meneliti dan menganalisis konsep Negara Zikir di Negara Brunei
Darussalam.Negara Zikir merupakan suatu impian baharu yang diilhamkan oleh Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah sebagai sasaran utama Negara Brunei Darussalam ke arah melahirkan sebuah negara maju dan makmur berdasarkan undang-undang Islam
selaras dengan perkembangan negara, visi dan misi negara maju menjelang 2035.Idea dan hasrat
Baginda ini cukup baik sekali kerana benar-benar berkeinginan untuk melihat masyarakat Islam di
Negara Brunei Darussalam cemerlang dalam pelbagai aspek kerana rahmat dan berkat zikir.Namun,
untuk mencapai kecemerlangan tersebut, semua masyarakat Islam perlu memahami konseptualisasi
Negara Zikir itu terlebih dahulu supaya mereka benar-benar meyakininya sebagai acuan dan landasan
yang sangat diperlukan.Tidak dinafikan juga, kemungkinan terdapat sesetengah pihak yang salah
faham tentang konsep Negara Zikir ini dengan beranggapan Negara Zikir itu berhasrat untuk
menjadikan semua masyarakat Islam sentiasa memegang tasbih dan berzikir kepada Allah SWT.
…”
Get full text
Conference or Workshop Item