Penggunaan komputer dalam organisasi kontraktor /

Komputer merupakan salah satu alat teknologi maklumat yang penting pada dekad ini. Bagi industri pembinaan/penggunaan komputer akan membolehkan pengurusan projek berjalan dengan lancar. Sebagai alat yang berteknologi tinggipenggunaannya amat diperlukan oleh kontraktor bagi membantu menyelesaikanmasa...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 269632 Zulkifli Alang
Format:
Published: Sekudai : UTM, 1994
Subjects:
Description
Summary:Komputer merupakan salah satu alat teknologi maklumat yang penting pada dekad ini. Bagi industri pembinaan/penggunaan komputer akan membolehkan pengurusan projek berjalan dengan lancar. Sebagai alat yang berteknologi tinggipenggunaannya amat diperlukan oleh kontraktor bagi membantu menyelesaikanmasalah-masalah yang dihadapi semasa pra pembinaan, masa pembinaan dan selepas pembinaan. kelebihan penggunaan komputer amatlah nyata sekali jika dibandingkan dengan cara manual. Ini dapat dilihat dari segi kecepatan kerja, kualiti kerja, ketepatan dan beberapa perkara lain yang bersangkutan dengan produktiviti kerja.Mengenai sejauhmanakah penggunaan komputer di dalam organisasi kontrktor apa yang didapati penggunaan komputer oleh kontraktor amatlah meluas sekali. penggunaan komputer tidak tertumpu kepada kerja menaip sahaja tetapi ia juga digunakan untuk kerja-kerja perancangan projek pembinaan. Dari segi latar belakang penggunaan komputer bukanlah merupakan perkara beru kepada mereka malah sudah lama digunakan. Dilihat dari segi keberkesanan penggunaan komputerterhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Apa yang didapati, keberkesananpenggunaan komputer memanglah nyata, ini dilihat dari segi masa, ketepatandan kualiti kerja yang dihasilkan. Akhir sekali, penggunaan komputer bagi kontraktor kelas A amatlah diperlukan bagi membantu menghasilkan kerja yang bermutu seperti yang dikehendaki.