Prospek pembangunan pekan utama luar bandar di Malaysia : kajian kes pekan Kampung Buluh, Terengganu/

Masalah kemunduran pekan utama luar bandar berkait rapat dengan kemunduran kawasan luar bandar keseluruhannya. Hasil kajian yang dijalankan di Pekan Kampung Buloh menunjukkan kemunduran pekan tersebut berpunca daripada masalah-masalah kemiskinan, kekurangan peluang-peluang pekerjaan dan kekurangan k...

Disgrifiad llawn

Manylion Llyfryddiaeth
Prif Awdur: 455960 Mohd. Zaki Ibrahim
Fformat:
Pynciau:
Disgrifiad
Crynodeb:Masalah kemunduran pekan utama luar bandar berkait rapat dengan kemunduran kawasan luar bandar keseluruhannya. Hasil kajian yang dijalankan di Pekan Kampung Buloh menunjukkan kemunduran pekan tersebut berpunca daripada masalah-masalah kemiskinan, kekurangan peluang-peluang pekerjaan dan kekurangan kemudahan dan perkhidmatan. Walaubagaimanapun masalah tersebut mula diatasi melalui program-program yang dijalankan dalam tempoh pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Antaranya (1) memajukan kawasan pertanian sedia ada (2) membuka rancangan pembangunan tanah oleh FELDA (3) Penyediaan kemudahan dan perkhidmatan sosial (4) Penempatan agensi-agensi pembangunan pertanian di Pekan Kampung Buluh dan akhirnya (5) Cadangan Kerajaan Negeri Terengganu menjadikan Pekan kampong Buluh sebagai pusat kesil daerah. Tetapi berdasarkan kepada keupayaan prospek pembangunan Pekan Kampung Buloh, ianya dapat dimajukan setaraf dengan pembangunan pusat daerah jika usaha-usaha berikut dapat dijalankan : (1) Menentukan kejayaan program-program yang sedang berjalan (2) meningkatkan kemudahan dan perkhidmatan sosial setaraf dengan pusat-pusat daerah (3) membuka peluang-peluang pekerjaan disektor perusahaan. Dengan usaha tersebut ianya jugaakan dapat menyelesaikan masalah-masalah yanga akan dihadapi dimasa akan datang oleh kawasan luar bandar sekitarnya. Berdasarkan kajian pembangunan Pekan Kampong Buloh, dapatlah dikatakan bahawa pekan-pekan utama luar bandar dapat dimajukan sebagai pusat bagi menyelesaikan masalah-masalah semasa dan juga masalah-masalah masa depan bagi kawasan luar bandar. Apa yang perlu dilakukan hanyalah mempertingkatkan pembangunan ekonomi dan sosial di pekan tersebut dan sekitarnya selaras dengan keperluan penduduk kawasan tersebut.