Aplikasi model giliran di dalam memantapkan khidmat layanan pelanggan di dalam industri perkhidmatan : kajian kes : Bank Bumiputra Malaysia Berhad Cawangan Universiti Teknologi Malaysia /
Masalah giliran menunggu merupakan masalah yang sering dihadapi oleh pihak industri dan juga pihak kerajaan. Kejayaan sesuatu orgnisasi adalah sangat bergantung kepada pemaksimuman penggunaan segala sumber yang ada. Setiap minit masa yang dibelanjakan oleh pekerja untuk menunggu sesuatu kerja dari...
المؤلف الرئيسي: | |
---|---|
التنسيق: | |
منشور في: |
Sekudai : UTM,
1995
|
الموضوعات: |
الملخص: | Masalah giliran menunggu merupakan masalah yang sering dihadapi oleh pihak industri dan juga pihak kerajaan. Kejayaan sesuatu orgnisasi adalah sangat bergantung kepada pemaksimuman penggunaan segala sumber yang ada. Setiap minit masa yang dibelanjakan oleh pekerja untuk menunggu sesuatu kerja daripada jabatan lain untuk siap dan setiap minit masa yang dibelanjakan untuk menunggu sesuatu kerja siap melibatkan kerugian wang. Selain daripada pemaksimuman penggunaan sumber kejayaan sesuatu organisasi khususnya organisasi perkhidmatan adalah sangat bergantung kepada keupayaan sesuatu organisasi itu untuk menarik dan mengekalkan pelanggannya. Projek ini akan menerangkan tentang kepentingan teori giliran dengan menggunakan simulasi dan bagaimanakah untuk mengaplikasikannya. Bagi tujuan ini BBMB - UTM telah dipilih sebagai kajian. Objektif utama kajian ini ialah untuk menilai prestasi semasa kaunter di BBMB - UTM dengan menggunakan kaedah simulasi berkomputer. |
---|