Summary: | Setiap insan telah dibekalkan dengan potensi rindu kepada kesucian, kemuliaan dan keagungan serta cenderung kepada keindahan, kebaikan, kebenaran dan keadilan. Fitrah insaniah tersebut mengiringi bisikan halus yang merupakan kurnia dan petunjukNya dalam membentuk semangat dan kekuatan dirí. Cahaya keimanan yang dirakit dalam samudera hati akan diuji kekuatannya. Jika datangnya darí Allah, maka disebut sebagai suatu ujian, namun jika datangnya dari syaitan maka ia merupakan godaan. Keduanya memang berbeza kerana yang pertama untuk mencuba dan meningkatkan kekuatan iman, sedangkan yang kedua untuk meruntuhkan dan membinasakan diri. Insan yang mendapat cahaya Ilahi, teguh dalam menghadapi cabaran sehingga setiap langkah dan seluruh aktivitinya hanya mengharap keredhaan Allah SWT.
|