Summary: | Kawasan Bukit adalah terletak dalam legeh Sugai Rambai. Skim pengairan di kawasan ini telah dilaksanakan pada tahn1968 untuk tujuan pertanian. Kawasan ini terlalu hampir dengan jangkauan air pasang surut. Untuk mengatasi masalahini, sebuah pintuair kawalan ini juga merupakan alur keluar utama legeh Sungai Rambai. Sejak tahun 1980an, bilamana pembangunan pesat dari segi projek-projek perumahan danperniagaan telah dimajukan, adalah didapati kuantiti air larian dari legeh Sungai Rambai telah bertambah. Pintuairkawalan ini tidak dapat mengalirkan air larian dengan cepat semasa hujan lebat. Akibatnya, berlaku limpahan di sepanjang Sungai Rambai dimana terletaknya rumah-rumah kediaman dan perniagaan. Masalah ini bertambah rumit lagi apabila kemudahan saliran sediada seperti ban-ban sungai tidak diselenggarakan dengan baik dan kedudukan Sungai Rambaiyang berliku-liku. Untuk faedah jangka masa panjang, tindakan harus diambil untuk mengatasi banjir yang kerap berlaku terutamanya pada musim hujan.
|