Kajian kesan suhu ke atas penghasilan Enzim-Amilase oleh kulat Aspergillus/

Kanji, sejenis polisakarida yang terdiri daripada amilos dan amilopektin merupakan penyimpan tenaga matahari hasil daripada proses fotosintesis oleh tumbuh-tumbuhan.Bentuk tenaga dalam kanji ini juga membekalkan tenaga kepada organisma yang tidak boleh melakukan fotosintesis seperti manusia. Oleh ke...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 333700 Hong, Phai Gaik
Format:
Language:may
Published: Kuala Lumpur : Universiti Teknologi Malaysia, 1991
Subjects:
Description
Summary:Kanji, sejenis polisakarida yang terdiri daripada amilos dan amilopektin merupakan penyimpan tenaga matahari hasil daripada proses fotosintesis oleh tumbuh-tumbuhan.Bentuk tenaga dalam kanji ini juga membekalkan tenaga kepada organisma yang tidak boleh melakukan fotosintesis seperti manusia. Oleh kerana kanji adalah polisakarida, maka untuk menggunakannya, enzim-enzim tertentu diperlukan untuk menukarkan molekul-molekul yang rencam ini kepada molekul-molekul yang lebih ringkas. Enzim yang dapat memangkinkan hidrolisis ikatan (1- 4)-glukosidik dalam kanji adalah dari kumpulan enzim amilase.enzim ini banyak dihasilkan dalam tumbuh-tumbuhan, bakteria dan haiwan. Kanji telah lamadigunakan sebagai bahan mentah dalam banyak industri makanan dan minuman. Dalam konteks ini, permintaan enzim amilase adalah tinggi untuk menghidrolisiskan polisakarida ini kepada molekul ringkas seperti maltos, sukros dan glukos yang merupakan bahan asas untuk industri tersebut. a-amilase,taburan kumpulan enzim amilase yang paling besar, memainkan perana yang penting dalam peringkat pertama hidrolisis kanji. a-amilase memangkinkan hidrolisis rawak ikatan (1-4)-glukosidik dalam kanji. Tindakan enzim ini menukarkan molekul rencam kanji kepada molekul saiz sederhanan seperti maltos,maltriosa dan dekstrin oligomerik yang menyebabkan penurunan kelikatan kanji berlaku secara mendadak. Molekul bersaiz sederhana ini akan ditukarkan kepada molekul yang lebih ringkas oleh enzim amilase yang lain. Objektif projek penyelidikan ini adalah untuk menkaji kesan suhu keatas penghasilan enzim a-amilase yang aktif oleh kulat Aspergillus niger. Dari data yang diperolehi, didapati suhu 35C merupakan suhu penghasilan enzim yang paling optimum. Suhu 55C merupakan suhu optimum dari segi keaktifan enzim dalam proses pensakaridaan kanji.