Summary: | Dissertasi ini adalah bertujuan untuk menilai dan menentukan fakta-fakta yang mempengaruhi perancangan rekabentuk ruang pembelajaran pada sesebuah sekolah Tadika. Pada peringkat awalnya dissertasi ini akan membincangkan fakta-fakta yang mempengaruhi perancangan rekabentuk ruang pembelajaran. Kemudian secara amnya akan disentuh konsep pendidikan sekolah tadika yang mana akan merangkumi kefahaman mengenai falsafah, objektif dan kurikulum pendidikan. Pemahaman mengenai element-elemen tersebut adalah bertujuan untuk mengetahui perkaitan diantara satu-satu proses pembelajaran dan pengajaran. Kajian secara khusus dan mendalam akan dijalankan terhadap ruang-ruang pembelajaran yang mana dijalankan secara kajian kes di sekolah Tadika Nury. Kajian yang mendalam ini adalah meliputi data-data yang berkaitan dengan perancangan rekabentuk ruang pembelajaran dari aspek corak tingkahlaku kanak-kanak terhadap ruang-ruang tersebut, kemudahan fizikal ruang, kualiti dan kuantiti ruang, Anthropometrik kanak-kanak dan rekabentuk perabot. Aspek-aspek yang bersangkutan dengan bidang teknikal diruang pembelajaran tidak akan dikaji dengan mendalam. Kajian yang terperinci ini dilakukan adalah untuk mengadakan bahan rujukan dan panduan yang boleh dijadukan sebagai asas ilmiah dalam membentuk polisi-polisi yang berkaitan dengan ruang pembelajaran disekolah tadika. Juga diharap agar kajian ini dapat memberi atau melahirkan aspirasi-aspirasi baru pada ahli-ahli pereka khususnya para arkitek bagi menghasilkan rekaan-rekaan ruang pembelajaran yang lebih bermakna dari segi keberkesanan terhadap pembelajaran dan pendidikan kanak-kanak dimasa-masa akan datang.
|