Penggunaan modul di Sekolah-Sekolah Menengah Vokasional di Malaysia satu kajian mengenai pandangan guru sekolah vokasional yang sedang berkursus di Universiti Teknologi Malaysia/

Pendidikan Vokasional diberikan perhatian akibat daripada perkembangan sektor industri negara yang memerlukan banyak tenaga mahir dan separuh mahir. Melalui pendidikan teknik dan vokasional kerajaan ingin melahirkan satu golongan rakyat yang berminat tentang sains dan teknologi, berpeluang mempelaj...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 327788 Hoo, Kam Chai
Format:
Published: 1991
Subjects:
Description
Summary:Pendidikan Vokasional diberikan perhatian akibat daripada perkembangan sektor industri negara yang memerlukan banyak tenaga mahir dan separuh mahir. Melalui pendidikan teknik dan vokasional kerajaan ingin melahirkan satu golongan rakyat yang berminat tentang sains dan teknologi, berpeluang mempelajari berbagai bidang teknologi dan bertanggungjawab serta mahir bagi menyumbangkan proses perindustrian dan pemodenan negara. Kerana peranan yang penting serta perkembangan begitu pesat, maka berbagai masalah pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dicadang menggunakan program kaedah pengajaran dan pembelajaran individu berbentuk modul untuk mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar dan bahan rujukan. Satu kajian kes berbentuk soalselidik dijalankan ke atas 50 guru-guru sekolah menengah vokasional (SMV) yang sedang mengikuti kursus-kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (STP) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Tujuan kajian adalah untuk menentukan sejauhmana responden menggunakan sumber Teknologi mengajar; masalah pengajaran guru dan pembelajaran murid serta pandangan responden mengenai perlaksanaan program kaedah modul di SMV. Pada keseluruhannya responden bersetuju bahawa pengajaran di SMV perlu dipelbagaikan. Mereka juga bersetuju bahawa kaedah pengajar dan pembelajaran berbentuk modul dijadikan sebahagian kurikulum kursus STP. Diharapkan dengan kemahiran pengajaran dan pembelajaran modul pelajar STP boleh menjalankan tugas mereka dengan lebih berkesan demi mempertingkatkan prestasi murid SMV.