Kajian penggunaan sabut kelapa sawit, sabut kelapa dan tempurung kelapa sebagai agen pengawal kehilangan bendalir dalam proses penyimenan/

Kajian telah dijalankan terhadap bahan buangan pertanian iaitu sabut kelapa sawit, sabun kelapa dan tempurung kelapa untuk melihat kesesuaiannya sebagai agen pengawal kehilangan bendalir dalam proses penyimenan. Ujian kehilangan bendalir ini merupakan pengujian makmal. Bahan tambah yang biasa diguna...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: 347449 Ahmad Faidzir Muda
Format:
Published: Kuala Lumpur : UTM, 1992
Subjects:
Description
Summary:Kajian telah dijalankan terhadap bahan buangan pertanian iaitu sabut kelapa sawit, sabun kelapa dan tempurung kelapa untuk melihat kesesuaiannya sebagai agen pengawal kehilangan bendalir dalam proses penyimenan. Ujian kehilangan bendalir ini merupakan pengujian makmal. Bahan tambah yang biasa digunakan oleh syarikat penyimenan juag diuji untuk digunakan sebagai perbandingan.Jenis-jenis simen yang telah diuji ialah simen portland telaga minyak kelas G dan juga simen portland biasa (simen tempatan). Hasil ujikaji menunjukkan sabut kelapa sesuai digunakan sebagai agen pengawal kehilangan bendalir diikuti oleh sabut kelapa sawit dan tempurung kelapa yang menggunakan simen kelas G dan juga simen tempatan. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa faktor suhu dan kepekatan bahan tambah memberikan kesan dalam pengawalan kehilangan bendalir simen.Semakin tinggi suhu, semakin tinggi kehilangan bendalir simen manakala semakin tinggi kepekatan bahan semakin kurang kehilangan bendalir simen. Suhu yang telah digunakan ialah 80 F, 150 F dan 200 F, manakala tekanan ditetapkan sebesar 500 psi.