Summary: | Hasrat seseorang pesakit untuk mendapatkan rawatan yang berkesan dan memuaskan adalah merupakan perkara penting dan menjadikan perhatian utama klinik. Klinik swasta adalah pusat yang menjadi pilihan pesakit untuk mendapatkan rawatan awal sebelum rawatan lanjut di hospital. Namun kelemahan perkhidmatan melibatkan kalangan pegawai perubatan dan pengurusan klinik menjadi rungutan dan perbincangan msyarakat. Diantara kelemahan yang menjadi rungutan pesakit ialah cara komunikasi, kualiti perkhidmatan dan pasarana klinik. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan tersebut dan menentukan penyelesaian masalah yang menjadi rungutan pesakit. Metod yang digunakan dalam kajian ini ialah kualitatif iaitu dengan menggunakan pendekatan analisis dokumen melalui buku, journal, prosiding dan dokumen lain yang berkaitan dengan kajian ini. Hasil analisis dalam kajian ini mendapati wujudnya unsur atau elemen kualiti secara tidak langsung semasa doktor memberi rawatan kepada pesakit. Amalan kualiti di klinik swasta dikesan belum dipraktikan secara optima dan tidak memperlihatkan kesan yang baik kepada pesakit. Pentadbiran klinik swasta perlu terus merialisasikan perkhidmatan perubatan berkualiti serta mengenal pasti ruang-ruang penambahbaikan yang perlu seperti memberi kursus, menguatkuasa etika dan memperbaiki fasalitis klinik dengan sempurna. Melaksanakan perubatan secara berkualiti dan mengenal pasti ruang-ruang penambahbaikan akan mengwujudkan perkhidmatan berkesan dan dapat memberi kepuasan kepada pesakit.
|