Faktor Penentu Prestasi Pelajar Matrikulasi dalam Subjek Perakaunan

Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang menentukan prestasi pelajar dalam subjek perakaunan di peringkat matrikulasi. Berdasarkan 450 soal selidik yang dikeluarkan, analisis kajian ke atas 393 sampel yang boleh digunakan menunjukkan purata gred pelajar secara keseluruhannya berada dal...

Volledige beschrijving

Bibliografische gegevens
Hoofdauteurs: Zuaini Ishak, Nor Aziah Abdul Manaf, Rosliza Mat Zin
Formaat: Artikel
Taal:English
Gepubliceerd in: UUM Press 2008-01-01
Reeks:Malaysian Journal of Learning and Instruction
Online toegang:https://www.e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/7599
Omschrijving
Samenvatting:Kajian ini bertujuan mengenal pasti faktor-faktor yang menentukan prestasi pelajar dalam subjek perakaunan di peringkat matrikulasi. Berdasarkan 450 soal selidik yang dikeluarkan, analisis kajian ke atas 393 sampel yang boleh digunakan menunjukkan purata gred pelajar secara keseluruhannya berada dalam lingkungan C. Penemuan kajian dengan menggunakan kaedah “stepwise†regresi berkali, menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara markah perakaunan pengurusan dengan purata mata gred keseluruhan dan pencapaian bagi subjek perakaunan kewangan yang diambil oleh pelajar dalam semester sebelumnya. Di samping itu, sikap, jangkaan tahap motivasi dan jangkaan markah menunjukkan hubungan yang signifikan dengan prestasi pelajar. Bagaimanapun, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pelajar yang tidak mempunyai pendedahan awal dalam subjek perakaunan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding dengan mereka yang mempunyai pendedahan awal dalam subjek perakaunan.  
ISSN:1675-8110
2180-2483