Model Motivasi Kerja Guru Berdasarkan Signifikasi Tugas dan Pengalaman Psikologi

Tujuan â€“ Berdasarkan Job Characteristics Theory (JCT), kajian ini mengkaji kesan langsung signifikasi tugas terhadap motivasi kerja guru dan kesan tak langsung signifikasi tugas terhadap motivasi kerja guru melalui pengalaman psikologi. Secara khusus, kajian ini menilai peranan signifikasi tugas d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mat Zaini Abdullah, Rafisah Osman, Fauziah Md. Jaafar
Format: Article
Language:English
Published: UUM Press 2016-12-01
Series:Malaysian Journal of Learning and Instruction
Subjects:
Online Access:https://www.e-journal.uum.edu.my/index.php/mjli/article/view/7741
Description
Summary:Tujuan â€“ Berdasarkan Job Characteristics Theory (JCT), kajian ini mengkaji kesan langsung signifikasi tugas terhadap motivasi kerja guru dan kesan tak langsung signifikasi tugas terhadap motivasi kerja guru melalui pengalaman psikologi. Secara khusus, kajian ini menilai peranan signifikasi tugas dan pengalaman psikologi berasaskan rangka kerja pengajaran untuk menerangkan motivasi kerja guru.   Metodologi â€“ Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan. Seramai 497 sampel guru dipilih dengan menggunakan teknik pensampelan rawak berkelompok daripada populasi guru sekolah menengah kebangsaan harian biasa di negeri Kedah berjumlah 12,005 orang. Data kajian diperoleh melalui soal selidik yang mengandungi 22 item. Data dianalisis menggunakan pemodelan persamaan struktur dan analisis regresi PROCESS MACRO.   Dapatan â€“ Dapatan kajian menunjukkan signifikasi tugas dan pengalaman psikologi (pengalaman kerja yang bermakna, pengalaman kebertanggungjawaban terhadap hasil kerja dan pengetahuan sebenar hasil kerja) secara signifikan mempengaruhi motivasi kerja guru. Penilaian keseluruhan model menunjukkan tahap kesepadanan model adalah munasabah. Dapatan analisis regresi PROCESS MACRO menunjukkan pengalaman psikologi (pengalaman kerja yang bermakna, pengalaman kebertanggungjawaban terhadap hasil kerja dan pengetahuan sebenar hasil kerja) merupakan pengantara separa dalam hubungan signifikasi tugas dengan motivasi kerja guru. Berbanding pengalaman kerja yang bermakna dan pengalaman kebertanggungjawaban terhadap hasil kerja, kesan signifikasi tugas melalui pengetahuan sebenar hasil kerja terhadap motivasi kerja guru adalah lebih kuat.   Signifikan â€“ Kajian menghasilkan model yang menunjukkan kepentingan signifikasi tugas dan pengalaman psikologi (pengalaman kerja yang bermakna, pengalaman kebertanggungjawaban terhadap hasil kerja dan pengetahuan sebenar hasil kerja) sebagai penyumbang yang signifikan kepada motivasi kerja guru.
ISSN:1675-8110
2180-2483