Summary: | Filem nasional adalah filem yang memaparkan isu dan identiti negara
bangsa. Aspek ini yang membezakannya daripada filem-filem popular
yang berbentuk komersial. Pembikinan filem nasional bermula pada
era filem Melayu. Industrinya berkembang semasa era filem Melayu
dan era filem Malaysia. Era filem Melayu bermula pada tahun 1933
di Singapura, manakala era filem Malaysia pula muncul setelah
pembentukan negara Malaysia. Terdapat banyak penulisan lepas
tentang era filem Melayu dan era filem Malaysia. Namun begitu,
dokumentasi tentang filem nasional Malaysia, terutamanya dari aspek
perkembangan industri filem nasional masih terhad. Sehubungan
dengan itu, artikel ini bertujuan menerangkan pembentukan industri
filem nasional Malaysia dari aspek penerbit, pengarah dan tenaga
kreatif yang dikemukakan oleh Street (1997). Data bagi artikel ini
diperoleh bersandarkan kajian penyelidikan asas dengan reka bentuk
kajian kualitatif. Pendekatan sejarah diaplikasikan bagi meneliti
sumber-sumber seperti surat khabar, artikel jurnal, buku, tesis dan
filem. Dapatan dalam artikel ini adalah, industri filem nasional
Malaysia berkembang secara berperingkat dan pembentukkannya
tidak sama seperti di Britain yang dimulai dengan kemunculan
penerbit, pengarah serta diikuti oleh tenaga kreatif tempatan. Ia
bermula dengan kemunculan tenaga kreatif dan pengarah filem pada
era filem Melayu terlebih dahulu, sebelum kemunculan penerbit filem
pada era filem Malaysia pada tahun 1970-an.
|