Bahan sensor untuk pengesanan pH menggunakan ekstrak rosel

Kajian ini menilai potensi ekstrak pewarna kaliks Hibiscus Sabdariffa L. (rosel) sebagai bahan sensor. Dalam kajian ini, sensor pH dibangunkan menggunakan ekstrak warna kemerahan semulajadi dalam kelopak rosel, delfinidin-3-sambubiosida yang dipegunkan dalam kertas turas gentian kaca. Dalam larutan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Huda Abd Karim, Musa Ahmad, Mohammad Osman, Herman, Ahmad Mahir Mokhtar
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2008
Description
Summary:Kajian ini menilai potensi ekstrak pewarna kaliks Hibiscus Sabdariffa L. (rosel) sebagai bahan sensor. Dalam kajian ini, sensor pH dibangunkan menggunakan ekstrak warna kemerahan semulajadi dalam kelopak rosel, delfinidin-3-sambubiosida yang dipegunkan dalam kertas turas gentian kaca. Dalam larutan bebas, ekstrak rosel dicirikan menggunakan spektrofotometer UL-nampak untuk mengkaji kesan pH, kepekatan ekstrak, masa ransangan keadaan mantap, analisis kebolehulangan dan analisis kestabilan foto. Ekstrak rosel terpegun dicirikan dengan menggunakan spektrofotometer pantulan untuk mengkaji kesan pH, masa ransangan keadaan mantap, analisis kebolehulangan, analisis kestabilan foto dan kajian histerisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa ekstrak bahan semulajadi boleh digunakan sebagai bahan sensor dalam pembinaan sensor optik pH.