Summary: | Kajian ini dijalankan untuk mengkaji jumlah kandungan vitamin C dalam buah
mangga, jambu batu, betik dan oren yang dipengaruhi oleh suhu dan tempoh
penyimpanan yang berbeza. Jus buah-buahan yang digunakan dalam kajian ini diletakkan
dalam suhu penyimpanan sejuk 4 °C, suhu ambien atau suhu bilik 21.5 °C dan suhu
panas. Jumlah kandungan vitamin C yang terdapat di dalam setiap jus buah-buahan bagi
setiap suhu penyimpanan berbeza diukur mengikut tempoh penyimpanan selama 0,1,2,3
dan 4 hari. Pengukuran kandungan vitamin C tersebut menggunakan kaedah pentitratan
iodin. Hasil kajian menunjukkan, jumlah kandungan vitamin C dalam buah-buahan
semakin menurun apabila semakin lama disimpan. Hasil kajian mendapati terdapat
perbezaan yang signifikan antara min jumlah kandungan vitamin C buah-buahan dengan
suhu dan tempoh penyimpanan berbeza. Jumlah kandungan vitamin C yang mengalami
penurunan paling maksimum ialah penyimpanan pada suhu panas 60 °C manakala
penurunan vitamin C yang paling minimum ialah pada penyimpanan suhu ambien 21.5
°C. Selain itu, kajian juga mendapati buah jambu batu mengandungi kandungan vitamin C
yang tertinggi iaitu 83mg/25ml jus manakala kandungan vitamin C dalam buah mangga
adalah yang terendah iaitu 50mg/25ml jus berbanding buah-buahan lain. Kesimpulannya,
buah-buahan hendaklah disimpan pada suhu dan tempoh penyimpanan yang sesuai bagi
mengekalkan kandungan vitamin C nya. Suhu penyimpanan yang sesuai bagi buahbuahan
ialah di antara 10°C-22 °C manakala tempoh penyimpanan yang sesuai bagi buahbuahan
adalah lebih kurang 2-3 hari.
|