Summary: | Satu kajian telah dijalankan di Makmal Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah, Sandkan, untuk mengkaji komposisi kimia isirung buah keras (Alurites moluccana) mentah. Objektif kajian tersebut adalah untuk mengkaji nilai nutrisi dan nilai anti nutrisi isirung buah keras tersebut. Rawatan yang digunakan dalam kajian ini ada tiga iaitu buah keras (Tl), minyak buah keras (T2) dan hampas buah keras (T3). Antara ujian yang akan dilakukan adalah ujian menentukan nilai lembapan, abu, bahan kering, serabut gentian, protein kasar, serat lemak, nitrogen ekstrak bebas, tenaga kasar dan kandungan saponin. Daripada hasil kajian tersebut, isirung buah keras (Tl) adalah yang terbaik diantara kesemua rawatan kerana mempunyai nilai nutrisi yang tinggi jika dibandingkan dengan T3. Kesimpulannya, isirung buah keras (Tl) boleh digunakan sebagai makanan tambahan pada makanan ayam kerana buah keras mempunyai kandungan asid lemak poli tak tepu yang tinggi.
|