Hubungan faktor guru dan persekitaran dengan pembelajaran pendidikan jasmani: satu tinjauan di Sekolah Menengah pendalaman Sabah

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan faktor guru dan persekitaran dengan pembelajaran Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah. Kajian ini berbentuk kuantitatif bukan eksperimen dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian. Seramai 101 orang muridtelah dipilih secara...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ahmad Fadly Abdul Rahman, Muhamad Suhaimi Taat, Jenorita Hongkong
Format: Article
Language:Malay
Malay
Published: Secholian Publication 2021
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31194/1/Hubungan%20faktor%20guru%20dan%20persekitaran%20dengan%20pembelajaran%20pendidikan%20jasmani_satu%20tinjauan%20di%20sekolah%20menengah%20pendalaman%20Sabah.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31194/3/Hubungan%20faktor%20guru%20dan%20persekitaran%20dengan%20pembelajaran%20pendidikan%20jasmani_%20satu%20tinjauan%20di%20sekolah%20menengah%20pendalaman%20Sabah_ABSTRACT.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan faktor guru dan persekitaran dengan pembelajaran Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah. Kajian ini berbentuk kuantitatif bukan eksperimen dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian. Seramai 101 orang muridtelah dipilih secara rawak dari 4 buah sekolah menengah. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik yang diadaptasi daripada “School-Level Environment Questionnaire” untuk mengukur faktor guru dan persekitaran sekolah dan soal selidik “National Survey of Student Engagement” untuk mengukur penglibatan pelajar dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani. Dapatan kajian mendapati tidak terdapat perbezaan faktor guru dan persekitaran berdasarkan jantina lelaki dan wanita. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara faktor guru dengan pembelajaran Pendidikan Jasmani (r=.868, p<0.01), dan faktor persekitaran dengan pembelajaran Pendidikan Jasmani (r=.907,p<0.01). Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor guru dan faktor persekitaran adalah pemboleh ubah yang relevan bagi meningkatkan penglibatan pelajar dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani di Sekolah Menengah di daerah pendalaman. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu menitik beratkan faktor guru dan persekitaran kerana ianya memberi kesan kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Semua pihak perlu berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan kebolehan mengajar, mempunyai pengetahuan yang spesifik dalam bidang pembelajaran serta menambahbaikkan persekitaran sekolah supaya dapat mempengaruhi penglibatan pelajar dalam pembelajaran Pendidikan Jasmani ke arah yang lebih baik.