Hubungan faktor situasi keluarga (konflik keluarga) dengan penghargaan kendiri di kalangan pelajar bermasalah

Tujuan kajian adalah untuk mengkaji faktor situasi keluarga (kawalan, keperihatinan sosial, konflik keluarga) dengan penghargaan kendiri di kalangan pelajar bermasalah sekolah menengah di pedalaman pantai timur Sabah. Seramai 494 orang pelajar terlibat dalam kajian ini (349 = pelajar lelaki; 145 = p...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Hudani Md. Nawi, Puteri Hayati Megat Ahmad, Balan Rathakrishan, Mohd Azhar Md Nor
Format: Proceedings
Language:English
English
Published: Universiti Malaysia Sabah 2016
Subjects:
Online Access:https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31588/1/Hubungan%20faktor%20situasi%20keluarga%20%28konflik%20keluarga%29%20dengan%20penghargaan%20kendiri%20di%20kalangan%20pelajar%20bermasalah-ABSTRACT.pdf
https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/31588/2/Hubungan%20Faktor%20Situasi%20Keluarga%20%28Konflik%20Keluarga%29%20Dengan%20Penghargaan%20Kendiri%20Di%20Kalangan%20Pelajar%20Bermasalah.pdf
Description
Summary:Tujuan kajian adalah untuk mengkaji faktor situasi keluarga (kawalan, keperihatinan sosial, konflik keluarga) dengan penghargaan kendiri di kalangan pelajar bermasalah sekolah menengah di pedalaman pantai timur Sabah. Seramai 494 orang pelajar terlibat dalam kajian ini (349 = pelajar lelaki; 145 = pelajar perempuan). Alat kajian yang digunakan adalah Beck Codependence Assessment Scale (BCAS) untuk mengukur kebergantungan pelajar dan Rosenberg Self –Esteem (RSE) bagi melihat penghargaan kendiri. Dapatan kajian menunjukkan penghargaan kendiri dikalangan pelajar yang bermasalah adalah berada pada tahap sederhana iaitu 69.2 %. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara faktor situasi keluarga (konflik keluarga) dengan penghargaan kendiri (r = .22). Hubungan bagi pemboleh ubah konflik keluarga ke atas penghargaan kendiri menjelaskan semakin ketara lagi konflik keluarga yang belaku dalam keluarga, makin tinggi subjek menilai diri sendiri. Misalnya, semakin banyak faktor perselisihan dan ketidaksefahaman antara ahli keluarga maka semakin tinggi penghargaan kendiri yang dimiliki oleh pelajar yang bermasalah. Walau bagaimana pun tidak terdapat hubungan yang signifikan bagi faktor situasi keluarga (kawalan dan keperihatinan sosial) dengan penghargaan kendiri. Ini menunjukkan pelajar– pelajar yang bermasalah ini perlu diberi perhatian yang lebih serius oleh pihak sekolah terutama dengan menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling supaya mereka mempunyai peluang yang sama untuk maju dan berjaya dengan pelajar lain.