TITAS perlu kaedah baru tarik minat pelajar

SEPANG, 14 Jan– Pengajar kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di institusi pengajian tinggi digesa meningkatkan keupayaan serta mencari kaedah penyampaian baharu bagi menyemai minat pelajar terhadap kursus itu. Pengerusi Sekretariat Jawatankuasa Induk TITAS Jabatan Pengajian Tinggi, Keme...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
Format: UPM News
Language:English
Published: 2011
Online Access:http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9306/1/TITAS_perlu_kaedah_baru.pdf
_version_ 1825944561218748416
author Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_facet Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
author_sort Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
collection UPM
description SEPANG, 14 Jan– Pengajar kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di institusi pengajian tinggi digesa meningkatkan keupayaan serta mencari kaedah penyampaian baharu bagi menyemai minat pelajar terhadap kursus itu. Pengerusi Sekretariat Jawatankuasa Induk TITAS Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad berkata, kursus TITAS tidak semestinya meliputi isu sejarah semata-mata sebaliknya perlu meliputi elemen ketamadunan yang relevan pada masa kini. Perkara itu menurutnya boleh menarik minat para pelajar dalam subjek itu seterusnya menyemai sikap saling faham-memahami serta hormat-menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang etnik, budaya dan agama. “Saya berpendapat kursus ini perlu menjadi semasa, relevan dan dinamik. Ini selari dengan perspektif kajian ketamadunan itu sendiri yang mengetengahkan ketamadunan masa lalu, masa kini dan masa depan. “Kita ingin berbincang tentang isu masa kini, dan apa yang akan terjadi pada masa hadapan,” katanya ketika berucap merasmikan bengkel Training of Trainers TITAS Siri 1/2011 (ToT TITAS 2011) di sini baru-baru ini. Bengkel selama tiga hari dan pertama kali diadakan itu dianjurkan oleh UPM dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi, KPT untuk meningkatkan keupayaan serta mencari kaedah baharu yang boleh memberi nilai tambah dalam penyampaian kursus itu. ToT TITAS 2011 disertai oleh 94 peserta yang terdiri daripada tenaga pengajar subjek TITAS di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara. Bengkel dirasmikan oleh Pengarah Pengurusan Pembangunan Akademik Jabatan Pengajian Tinggi KPT, Prof. Madya Dr. Zarida Hambali. Mengulas mengenai ToT TITAS 2011, Prof. Madya Dr. Zaid yang juga pensyarah di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia UPM, berharap ia dapat mencetuskan motivasi bagi merangsang kecemerlangan minda dan seterusnya melahirkan tenaga pengajar TITAS yang berwibawa. “Saya berharap penganjuran program ini dapat memberi dorongan kepada semua pengajar kursus TITAS untuk melipatgandakan usaha kearah kelangsungan kursus ini,” katanya.
first_indexed 2024-03-06T07:17:48Z
format UPM News
id upm.eprints-9306
institution Universiti Putra Malaysia
language English
last_indexed 2024-03-06T07:17:48Z
publishDate 2011
record_format dspace
spelling upm.eprints-93062013-05-27T07:41:35Z http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9306/ TITAS perlu kaedah baru tarik minat pelajar Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat SEPANG, 14 Jan– Pengajar kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di institusi pengajian tinggi digesa meningkatkan keupayaan serta mencari kaedah penyampaian baharu bagi menyemai minat pelajar terhadap kursus itu. Pengerusi Sekretariat Jawatankuasa Induk TITAS Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad berkata, kursus TITAS tidak semestinya meliputi isu sejarah semata-mata sebaliknya perlu meliputi elemen ketamadunan yang relevan pada masa kini. Perkara itu menurutnya boleh menarik minat para pelajar dalam subjek itu seterusnya menyemai sikap saling faham-memahami serta hormat-menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang etnik, budaya dan agama. “Saya berpendapat kursus ini perlu menjadi semasa, relevan dan dinamik. Ini selari dengan perspektif kajian ketamadunan itu sendiri yang mengetengahkan ketamadunan masa lalu, masa kini dan masa depan. “Kita ingin berbincang tentang isu masa kini, dan apa yang akan terjadi pada masa hadapan,” katanya ketika berucap merasmikan bengkel Training of Trainers TITAS Siri 1/2011 (ToT TITAS 2011) di sini baru-baru ini. Bengkel selama tiga hari dan pertama kali diadakan itu dianjurkan oleh UPM dengan kerjasama Jabatan Pengajian Tinggi, KPT untuk meningkatkan keupayaan serta mencari kaedah baharu yang boleh memberi nilai tambah dalam penyampaian kursus itu. ToT TITAS 2011 disertai oleh 94 peserta yang terdiri daripada tenaga pengajar subjek TITAS di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara. Bengkel dirasmikan oleh Pengarah Pengurusan Pembangunan Akademik Jabatan Pengajian Tinggi KPT, Prof. Madya Dr. Zarida Hambali. Mengulas mengenai ToT TITAS 2011, Prof. Madya Dr. Zaid yang juga pensyarah di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia UPM, berharap ia dapat mencetuskan motivasi bagi merangsang kecemerlangan minda dan seterusnya melahirkan tenaga pengajar TITAS yang berwibawa. “Saya berharap penganjuran program ini dapat memberi dorongan kepada semua pengajar kursus TITAS untuk melipatgandakan usaha kearah kelangsungan kursus ini,” katanya. 2011-01-14 UPM News NonPeerReviewed application/pdf en http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9306/1/TITAS_perlu_kaedah_baru.pdf Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat (2011) TITAS perlu kaedah baru tarik minat pelajar. [UPM News]
spellingShingle Universiti Putra Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat
TITAS perlu kaedah baru tarik minat pelajar
title TITAS perlu kaedah baru tarik minat pelajar
title_full TITAS perlu kaedah baru tarik minat pelajar
title_fullStr TITAS perlu kaedah baru tarik minat pelajar
title_full_unstemmed TITAS perlu kaedah baru tarik minat pelajar
title_short TITAS perlu kaedah baru tarik minat pelajar
title_sort titas perlu kaedah baru tarik minat pelajar
url http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/9306/1/TITAS_perlu_kaedah_baru.pdf
work_keys_str_mv AT universitiputramalaysiabahagiankomunikasikorporat titasperlukaedahbarutarikminatpelajar