HPUPM tubuh wakaf ambulans bantu selamatkan nyawa pesakit
SERDANG, 22 Februari - Susulan kes kecemasan semakin meningkat ditambah keperluan perubatan semakin meruncing, Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM) tampil menubuhkan Dana Wakaf Ambulans HPUPM bagi membeli satu unit ambulans baharu untuk menampung keperluan tersebut.