Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Menengah

Tingkatan Dua Terhadap Keberkesanan Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah. Seramai 280 orang responden yang dipilih adalah berdasarkan kaedah persampelan rawak kelompok di tujuh buah sekolah menengah sekitar daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Kajian rintis telah...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yahaya, Azizi, Saidun, Noraini, Raja Abd. Rahman, Raja Roslan
Format: Article
Language:English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/6295/4/AziziYahaya2008_PersepsiPelajarTerhadapKeberkesananPengajaran.pdf
Description
Summary:Tingkatan Dua Terhadap Keberkesanan Pengajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah. Seramai 280 orang responden yang dipilih adalah berdasarkan kaedah persampelan rawak kelompok di tujuh buah sekolah menengah sekitar daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Kajian rintis telah dijalankan untuk melihat ketekalan dalaman dan kebolehpercayaan instrumen dengan menggunakan Alpha Cronbach. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan set soalan ini adalah 0.8172. Satu set borang soal selidik yang mengandungi bahagian A (demografi responden) dan bahagian B ( Soalan yang berkaitan pembolehubah ) telah digunakan. Data-data yang diperoleh diproses dan dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.0 ( Statistical Packages For Social Science ). Statistik deskriptif seperti frekuensi, min dan sisihan piawai digunakan untuk mengenal pasti tahap keberkesanan berdasarkan beberapa pembolehubah yang ada dan yang paling dominan serta mengenal pasti tahap keberkesanan pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah. Manakala statistik inferensi seperti Ujian-t telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan (p=0.702>α 0.05 ), kemahiran (p=0.099), sikap (p=0.359 ) dan pengajaran guru (p=0.534 > α 0.05 ) dengan jantina pelajar. Hasil kajian mendapati bahawa pengetahuan guru adalah aspek yang paling dominan, berbanding aspek yang lain berdasarkan kesemua pembolehubah yang ada. Analisis korelasi Pearson pula telah digunakan untuk mengetahui hubungan kolerasi, dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuan, kemahiran, sikap dan pengajaran guru dengan keputusan peperiksaan akhir tahun KH tingkatan satu. Oleh itu, beberapa cadangan dikemukakan dalam kajian ini. Antaranya ialah kajian dari segi peruntukan (Bahan dan alatan, ABM, bekalan Note book, bebanan kerja guru KH ) yang boleh meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup sekolah menengah di masa akan datang.