Aspek kualiti, keselamatan dan kesihatan di kalangan PKS makanan: satu sorotan kajian

Pengembangan perniagaan terutama dalam mendapat pasaran memerlukan komitmen yang sepenuhnya daripada para pengusaha tanpa mengambil kira saiz syarikat termasuklah perusahaan yang tergolong dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain faktor kualiti dan kos sebagai salah satu jaminan kejayaan d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Talib, Hayati @ Habibah, Mohd. Ali, Khairul Anuar
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UTM Press 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.utm.my/9413/1/UTMjurnal%5BE%5DDISEMBER49_%5B05%5D.pdf
Description
Summary:Pengembangan perniagaan terutama dalam mendapat pasaran memerlukan komitmen yang sepenuhnya daripada para pengusaha tanpa mengambil kira saiz syarikat termasuklah perusahaan yang tergolong dalam Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Selain faktor kualiti dan kos sebagai salah satu jaminan kejayaan di pasaran, aspek keselamatan dan kesihatan juga perlu diambil kira bagi menghadapi persaingan dalam pasaran global terutamanya dalam produk makanan. Artikel ini merupakan satu sorotan kajian yang menyentuh aspek amalan keselamatan dan kebersihan dalam kalangan PKS pemprosesan makanan di Malaysia. Aspek pengaruh demografi pengeluar makanan terhadap kualiti dan keselamatan produk makanan serta standard pemprosesan makanan yang digunakan oleh PKS pemprosesan makanan turut dibincangkan dalam artikel ini. Di samping itu, aspek kebersihan makanan dan keselamatan makanan yang memenuhi keperluan populasi majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam, standard Halal (MS1500:2004), turut dibincangkan, selain standard-standard antarabangsa yang diamalkan dalam industri pemprosesan makanan.