Peranan moderator dalam pembentukan komuniti siber

Masyarakat hari ini menggunakan internet untuk berkomunikasi dan mengadakan satu perhubungan antara mereka secara berkumpulan. Masyarakat ini dikenali sebagai komuniti siber, komuniti maya, komuniti elektronik dan sebagainya. Komuniti siber ini bukanlah bertujuan untuk mencari keuntungan tetapi adal...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Hamid, Zauridah, Che Ani, Zhamri
Format: Conference or Workshop Item
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1894/1/43.pdf
Description
Summary:Masyarakat hari ini menggunakan internet untuk berkomunikasi dan mengadakan satu perhubungan antara mereka secara berkumpulan. Masyarakat ini dikenali sebagai komuniti siber, komuniti maya, komuniti elektronik dan sebagainya. Komuniti siber ini bukanlah bertujuan untuk mencari keuntungan tetapi adalah sebagai salah satu cara untuk bersosial antara ahli komuniti tersebut dan melakukan perhubungan tanpa mengambil kira keturunan, bangsa, kewarganegaraan, status, pegangan agama, usia, jantina, dan sebagainya di dalam meneruskan perhubungan yang berbentuk global ini. Setiap komuniti siber terdapat seorang yang bertanggungjawab mengendalikan operasi komuniti siber yang dikenali sebagai moderator. Moderator ini mempunyai beberapa peranan untuk menguruskan komuniti sibernya. Kurangnya pengetahuan mengenai peranan mereka akan menyebabkan moderator-moderator ini tidak dapat menguruskan komuniti siber mereka dengan lebih teratur dan ini menjadikan ahli komuniti mereka menjadi pasif atau tidak aktif dan akhirnya akan menyebabkan komuniti siber itu hilang begitu sahaja. Selain itu, kemungkinan juga moderator ini kurang mahir dan tiada pengalaman dalam melaksanakan tugas mereka. Oleh yang demikian, mereka tidak mengetahui bagaimana untuk menjadikan komuniti mereka sentiasa aktif, stabil, mempunyai pangkalan data yang sentiasa dikemaskini, kemasukan dan pengeluaran ahli yang sentiasa konsisten dan sebagainya. Maka disebabkan ini juga, komuniti siber ini berkemungkinan tidak dapat bertahan lama.