Kualiti perkhidmatan antara pengurusan kontemporari dan perspektif Islam: kajian perbandingan

Kertas kerja ini bertujuan untuk mencadangkan satu rangka kerja teori untuk kualiti perkhidmatan menurut perspektif Islam.Bagi membincangkan tentang konsep ini, maka akan dibincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan tema utama. Pertama, konsep kualiti perkhidmatan menurut perspektif Barat.Ked...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Firdaus, Firman Shakti, Yusoff, Rushami Zien, Md Hussain, Muhammad Nasri, Mohd Asaad, Mohd Norhasni
Format: Article
Language:English
Published: Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED), Universiti Teknologi MARA 2016
Subjects:
Online Access:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/21280/1/AEJ%202%201%202016%2078%2088.pdf
Description
Summary:Kertas kerja ini bertujuan untuk mencadangkan satu rangka kerja teori untuk kualiti perkhidmatan menurut perspektif Islam.Bagi membincangkan tentang konsep ini, maka akan dibincangkan beberapa perkara yang berkaitan dengan tema utama. Pertama, konsep kualiti perkhidmatan menurut perspektif Barat.Kedua, konsep perkhidmatan menurut Islam dan ketiga mengetengahkan konsep baru mengenai kualiti perkhidmatan berteraskan tasawwur Islam.Perbincangan ini penting kerana kualiti dalam perkhidmatan merupakan satu konsep perniagaan yang paling mencabar untuk dilaksanakan oleh setiap organisasi. Namun masih sedikit kajian yang secara menyeluruh membincangkan konsep kualiti perkhidmatan menurut perspektif Islam. Justeru, tulisan ini cuba menganalisis konsep kualiti perkhidmatan dari perspektif Islam dengan merujuk kepada sumber autentik dalam Islam serta sorotan kepustakaan yang berkaitan. Hasil daripada perbincangan dalam kertas kerja ini, dijangkakan satu rangka kerja teori kualiti perkhidmatan menurut perspektif Islam yang boleh dijadikan pendekatan baru oleh organisasi-organisasi berteraskan Islam.