Tinjauan Kesedaran Pengusaha/Pengendali Makanan Terhadap Pemantauan Serta Penguatkuasaan Keselamatan Dan Kualiti Makanan Di Negeri Kedah

Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti profil pengusaha dan pengendali makanan. Di samping itu juga kajian ini turut memfokuskan kepada aspek kesedaran, keberkesanan dan impak daripada penguatkuasaan serta pemantauan daripada pihak Jabatan Kesihatan terutamanya Bahagian Keselamatan dan Kua...

全面介绍

书目详细资料
Main Authors: Ishak, Noor Azniza, Kamsani, Siti Rozaina, Omar, Zainudin, Mohd Talib, Mohd Khairuddin, Abdul Rahman, Azhari
格式: Monograph
语言:English
出版: UUM 2022
主题:
在线阅读:https://repo.uum.edu.my/id/eprint/29593/1/777611.pdf
实物特征
总结:Kajian ini telah dijalankan untuk mengenal pasti profil pengusaha dan pengendali makanan. Di samping itu juga kajian ini turut memfokuskan kepada aspek kesedaran, keberkesanan dan impak daripada penguatkuasaan serta pemantauan daripada pihak Jabatan Kesihatan terutamanya Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sebelum ini. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif (soal selidik) dan kualitatif (temubual) yang melibatkan sampel dalam kalangan pengusaha dan pengendali makanan di seluruh daerah negeri Kedah. Dapatan kajian menunjukkan responden sedar bahawa pihak BKKM sentiasa melakukan pemantauan dan penguatkuasaan secara menyeluruh di premis mereka. Responden juga menyatakan pemantauan yang dilakukan oleh BKKM berkesan serta responden bersetuju bahawa dengan kekerapan pemantauan yang dilakukan dapat memberi impak yang positif kepada mereka untuk memperbaiki keperluan yang diperlukan dalam premis mereka pada masa akan datang. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa keseluruhan responden berpuas hati dengan penguatkuasaan dan pemantauan yang dilakukan oleh BKKM. Walaupun menunjukkan kepuasan beberapa elemen seperti yang dicadangkan dalam tindakan polisi perlu dititikberatkan supaya pengusaha dan pengendali makanan sentiasa dapat membudayakan amalan kebersihan dan keselamatan makan di premis mereka sepanjang masa.