Summary: | Permintaan pengguna ke atas makanan sentiasa berubah. Pada hari ini pengguna menuntut
makanan yang segar dan asli. Pempasteuran terma bukan sahaja boleh membunuh
mikroorganisma tetapi boleh memberi kesan kepada rasa, warna dan kualiti makanan yang
digunakan. Kaedah pempasteuran sejuk dibangunkan untuk membunuh mikroorganisma
tanpa penggunaan haba. Salah satu kaedah ialah dengan menggunakan medan denyut
elektrik untuk pempasteuran makanan cecair. Kajian adalah melibatkan penggunaan medan
denyut elektrik keatas makanan cecair seperti susu. Sampel susu dimasukkan ke dalam
bekas rawatan dan dirawat menggunakan medan denyut elektrik. Maksimum voltan yang
mampu dibekalkan ialah 17 kV. Parameter seperti kekuatan medan elektrik, bilangan
denyut, lebar denyut diubah-ubah untuk mengkaji kesannya terhadap kadar ketidakaktifan
mikroorganisma.
|